Phg. P.U. 12/1995
PERATURAN-PERATURAN PEGUAM SYARIE 1995
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Peraturan 10. Permohonan.

(1) Seseorang yang hendak diterima masuk sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang A yang ditetapkan dalam Jadual.

(2) Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan menyertakan salinan dokumen yang perlu dan hendaklah disertakan fee permohonan sebanyak sepuluh ringgit.

(3) Pemohon hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di setiap Mahkamah Syariah di Negeri Pahang selama satu bulan selepas permohonannya diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.