Phg. P.U. 18/1998
KAEDAH-KAEDAH MASJID 1998




Kaedah 8A. Perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan enam orang anggota lain.

(1) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan enam orang anggota lain hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis dari kalangan ahli-ahli kariah.

(2) Senarai calon-calon yang hendak dipilih dan dilantik di bawah subkaedah (1) hendaklah disediakan oleh Pegawai Agama Islam Daerah.


(3) Pegawai Agama Islam Daerah hendaklah memastikan calon-calon yang disenaraikannya adalah sebenarnya ahli kariah masjid yang berkenaan dan mempunyai latar belakang yang sesuai demi perpaduan ummah.


(4) Setelah berpuas hati bahawa calon-calon yang disenaraikan adalah ahli kariah dan mempunyai latar belakang yang sesuai demi perpaduan ummah, Pegawai Agama Islam Daerah hendaklah mengemukakan senarai itu kepada Jabatan untuk perakuan.


(5) Setelah berpuas hati terhadap calon-calon yang disenaraikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah itu dari segi latar belakang, kepastian sebagai ahli kariah dan apa-apa kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Jabatan, maka Jabatan hendaklah memperakukan senarai itu dan mengemukakannya kepada Majlis.


(6) Jika Jabatan tidak berpuas hati dengan mana-mana calon atau kesemua calon yang disenaraikan oleh Pegawai Agama Islam Daerah, maka Jabatan hendaklah memilih sendiri calon atau calon-calon berkenaan untuk dikemukakan kepada Majlis.(7) Setelah menerima senarai itu daripada Jabatan, Majlis hendaklah memilih dan melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan enam orang anggota lain dan memaklumkan perlantikan itu kepada Pegawai Agama Islam Daerah melalui Jabatan.
[Mas. Phg. P.U. 8/01]



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.