Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN IV - PROSIDING TATATERTIB




Kaedah 20. Siasatan.

(1) Setelah Pengerusi Jawatankuasa menerima sesuatu aduan itu, dia hendaklah menyebabkan Jawatankuasa mengadakan siasatan.

(2) Tiap-tiap siasatan oleh Jawatankuasa hendaklah dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budi bicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum sesuatu siasatan itu dijalankan Jawatankuasa hendaklah-
(3) Apabila siasatan telah selesai, Jawatankuasa hendaklah memberi suatu laporan tentang dapatannya kepada MAINPP; dan hendaklah juga membuat perakuannya sarna ada Peguam Syarie berkenaan adalah bersalah atau tidak atas kesalahan yang diadukan itu.

(4) Jika Jawatankuasa membuat perakuan bahawa Peguam Syarie berkenaan didapati bersalah atas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat perakuan mengenai perintah yang patut dikenakan ke atas Peguam Syarie tersebut.

(5) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, Jawatankuasa boleh mengawalselia prosedurnya sendiri berhubung dengan perjalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.