Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 10. Permohonan.

(1) Seseorang yang berhasrat untuk dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan kepada Jawatankuasa dengan menggunakan Borang 1 yang ditetapkan dalam Jadual 1.

(2) Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu.

(3) Setiap permohonan hendaklah disokong oleh dua orang penyokong yang mana hendaklah terdiri daripada mereka yang berikut-
(4) Tiap-tiap pemohon, selepas permohonannya diserahkan kepada dan diakuterima secara bertulis oleh Pengerusi Jawatankuasa, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah Syariah di Pulau Pinang selama satu bulan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.