Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN AM




Kaedah 26. Pembaharuan.

(1) Tiap-tiap permohonan untuk memperbaharui Sijil Peguam Syarie Pemhaharuan hendaklah dibuat kepada MAINPP tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu.

(2) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang 1 sebagaimana ditetapkan dalam Jadual I dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa.

(3) Fee bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang diperbaharui adalah seperti berikut-
(4) Seseorang Peguam Syarie yang gagal memperbaharui Sijil Peguam Syarienya sehinggalah tamat tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh subkaedah (3)(b)(iv) tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh MAINPP dari Daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh Kaedah 23.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.