Pg. P.U. 12/2001
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI (KELAKUAN DAN TATATERTIB) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2001
BAHAGIAN V - TATACARA TATATERTIB
BAB 3 - PROSIDING TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT




Peraturan 37. Jawatankuasa Penyiasatan.

(1) Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai Majlis atau Kerajaan Negeri.

(2) Anggota-anggota Jawatankuasa Penyiasatan hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang disiasat itu tetapi Ketua Jabatan pegawai yang disiasat itu tidak boleh menjadi anggota Jawatankuasa Penyiasatan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.