Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN IV - PERUNTUKAN AM




Kaedah 27. Sekatan.

(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan jika dia telah dilantik dengan sempurnanya sebagai Peguam Syarie mengikut Kaedah-Kaedah ini.

(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika suatu perintah penggantungan ke atasnya di bawah Kaedah 21(b) masih berkuatkuasa.

(3) Sesiapa yang melanggar subkaedah (1) atau (2) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau dengan kedua-duanya sekali.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.