Pg. P.U. 12/2001
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI (KELAKUAN DAN TATATERTIB) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2001
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Peraturan 3. Tafsiran.

(1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak” ertinya—
“Baitulmal” ertinya Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 90;

“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 [En.7];

“institusi kewangan” ertinya bank atau institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372.] atau Bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276.];

“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 25C Enakmen;

“Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu jabatan, institusi, agensi, bahagian atau unit dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa sewajarnya oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi jabatan, institusi, agensi, bahagian atau unit untuk bertindak bagi pihaknya;

“koperasi” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502.];

“mahkamah” ertinya mahkamah, termasuklah Mahkamah Syariah, yang mempunyai bidang kuasa wibawa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan jenayah;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 Enakmen;

“pegawai” ertinya pegawai atau pekhidmat yang dilantik di bawah seksyen 25A atau seksyen 27 Enakmen tetapi tidak termasuk seorang Pegawai Masjid;

“penanggung insurans” ertinya penanggung insurans yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Act 553.]atau pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Act 312.];

“sabitan” atau “disabitkan”, berhubung dengan seseorang pegawai, ertinya suatu dapatan oleh sesuatu mahkamah jenayah, termasuk Mahkamah Syariah, yang mempunyai bidang kuasa wibawa di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa pegawai itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah;

“Setiausaha” ertinya Setiausaha yang dilantik di bawah seksyen 11;

“Sistem Saraan Baru” ertinya skim gaji dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai-pegawai Majlis sebagaimana yang disemak dan dipinda oleh Kerajaan Persekutuan, berkuatkuasa mulai 1 Januari 1992.

(2) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan tentang seseorang pegawai berhubung dengan Majlis ialah sebutan tentang pegawai yang diambil bekerja oleh Majlis dan sebutan tentang Majlis berhubung dengan seseorang pegawai ialah sebutan tentang Majlis yang mengambil bekerja pegawai itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.