Pg. P.U. 5/97 KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997 BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE
Kaedah 7. Fungsi Jawatankuasa.
Fungsi Jawatankuasa adalah-
(a)untuk membuat perakuan kepada MAINPP mengenai kelayakan mana-mana orang yang memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie oleh MAINPP;
(b) untuk membuat perakuan kepada MAINPP sama ada nama mana-mana Peguam Syarie itu harus digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie atau mana-mana Peguam Syarie itu digantung dari menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau diberi amaran; dan
(c) untuk menjalankan lain-lain fungsi yang berkait dengan fungsi-fungsi yang disebutkan di bawah paragraf (a) dan (b).