Pg. P.U. 05/2003
PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Peraturan 9. Pendengaran rayuan.

(1) Sebaik selepas menerima dokumen rayuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan 8, Pengerusi Lembaga Rayuan hendaklah mengadakan suatu mesyuarat Lembaga Rayuan untuk menimbangkan rayuan itu.

(2) Lembaga Rayuan hendaklah memutuskan tiap-tiap rayuan semata-mata berdasarkan merit alasan rayuan itu tanpa menerima apa-apa pernyataan lanjut atau keterangan tambahan.

(3) Walau apa pun subperaturan (2), Lembaga Rayuan boleh, jika difikirkannya adil dan perlu, dan tertakluk kepada hak pegawai itu untuk didengar, meminta apa-apa pernyataan lanjut atau keterangan tambahan daripada mana-mana orang lain.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.