Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 14. Sijil Peguam Syarie.

(1) Tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki Sijil Peguam Syarie yang akan dikeluarkan kepadanya oleh MAINPP setelah dia membayar fee yang ditetapkan.

(2) Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie hendaklah ditandatangani oleh Yang di-Pertua Majlis dan hendaklah dalam bentuk mengikut Borang 2 sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual 2.

(3) Tertakluk kepada subkaedah 22(3) dan 26(3), fee untuk Sijil Peguam Syarie ialah dua ratus ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.