Pg. P.U. 04/2003
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Kaedah 13. Peruntukan kecualian dan peralihan.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Kaedah-kaedah ini boleh menyentuh apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa prosiding yang telah dimulakan oleh Majlis atau oleh sesuatu Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah Enakmen sebelum mula berkuatkuasa Kaedah-kaedah ini dan segala perbuatan dan prosiding itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan atau dimulakan oleh Majlis atau Jawatankuasa Tatatertib tersebut seolah-olah Kaedah-kaedah ini telah berkuatkuasa.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Kaedah-kaedah ini boleh disifatkan sebagai menyentuh atau mengambil apa-apa kuasa, keistimewaan atau perlindungan yang diberikan kepada Majlis atau mana-mana ahlinya di bawah Enakmen.

(3) Apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan seseorang pegawai yang dimulakan oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut sebelum mula berkuatkuasanya Kaedah-kaedah ini boleh diselesaikan oleh Jawatankuasa Tatatertib itu, walau apa pun peruntukan kaedah 2, 3 atau 4 mengikut kehendak keadaan dan Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah mempunyai segala kuasa Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah Kaedah-kaedah ini.

(4) Apa-apa rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa itu yang dibuat di bawah subkaedah (3) hendaklah dibuat kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 25E Enakmen.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.