Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE




Kaedah 5. Penamatan perlantikan dan perletakan jawatan.

(1) Perlantikan seseorang ahli Jawatankuasa di bawah perenggan 4(1)(e) boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh MAINPP tanpa memberi sebarang sebab mengenainya.

(2) Seseorang ahli Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(e) boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan menghantar notis kepada MAINPP dan perletakan jawatan itu hendaklah berkuatkuasa mulai dari tarikh MAINPP menerima notis bertulis itu.

(3) MAINPP boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan jawatan mana-mana ahli Jawatankuasa yang terhenti memegang jawatan di bawah subkaedah (1) dan (2).

(4) Seseorang yang dilantik di bawah subkaedah (3) hendaklah memegang jawatan hanya selama baki tempoh jawatan ahli Jawatankuasa yang terhenti memegang jawatan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.