Pg. P.U. 05/2003
PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Peraturan 12. Peruntukan kecualian dan peralihan.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-peraturan ini boleh menyentuh apa-apa perbuatan yang dilakukan atau apa-apa prosiding yang telah dimulakan oleh Majlis sebelum mula berkuatkuasa Peraturan-peraturan ini dan segala perbuatan dan prosiding ini hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan atau dimulakan oleh Majlis seolah-olah Peraturan-peraturan ini telah berkuatkuasa.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-peraturan ini boleh disifatkan sebagai menyentuh atau mengambil apa-apa kuasa, keistimewaan atau perlindungan yang diberikan kepada Majlis atau mana-mana ahlinya di bawah Enakmen.

(3) Apa-apa prosiding tatatertib berkenaan dengan seseorang pegawai yang dimulakan oleh Majlis sebelum mula berkuatkuasanya Peraturan-peraturan ini boleh diselesaikan oleh Majlis dan walau apa pun peruntukan Peraturan 2 Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-peraturan ini.


Dibuat pada 21 Mac 2003.
[PU/PP 3215/001.]
Dengan Titah Perintah,


DATO’ DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA,
Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam Negeri,
Pulau Pinang



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.