Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN IV - PROSIDING TATATERTIB




Kaedah 22. Permohonan untuk dikeluarkan nama dari Daftar.

(1) Seseorang Peguam Syarie boleh, tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, memohon kepada Jawatankuasa supaya namanya dikeluarkan dari Daftar Peguam Syarie.

(2) Tiap-tiap perrnohonan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa serta disokong dengan afidavit.

(3) Jawatankuasa boleh atas sebab yang baik menghendaki pemohon itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

(4) Permohonan itu hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan Jawatankuasa kemudiannya hendaklah mengemukakan perakuannya kepada MAINPP.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.