Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE




Kaedah 6. Mesyuarat Jawatankuasa.

(1) Pengerusi Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Tiga orang ahli Jawatankuasa hendaklah membentuk kourum bagi mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

(3) Semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat dalam mesyuarat dengan sebulat suara atau lebih suara ahli-ahli yang hadir.

(4) Sekiranya terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai kata pemutus.

(5) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain dalam Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan MAINPP, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.