Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Daftar Peguam Syarie" ertinya Daftar Peguam Syarie yang diperuntukkan di bawah Kaedah 16;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993;

"Jawatankuasa" ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah Kaedah 3;

"Mahkamah atau Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, setakat mana yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 42;

"MAINPP" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.