Pg. P.U. 04/2003
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Kaedah 11. Jawatankuasa Tatatertib boleh menghendaki penyiasatan dijalankan.

(1) Sebelum membuat apa-apa keputusan tentang apa-apa perkara yang Jawatankuasa Tatatertib itu dikehendaki memutuskannya dalam mana-mana prosiding tatatertib, sesuatu Jawatankuasa Tatatertib boleh menyebabkan suatu penyiasatan dijalankan oleh suatu jawatankuasa penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan, penerangan atau perakuan berkenaan dengan perkara itu.

(2) Suatu jawatankuasa penyiasatan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pegawai Majlis dan pegawai itu hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang disiasat itu.

(3) Tatacara penyiasatan yang diperuntukkan berkenaan dengan Jawatankuasa Penyiasatan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2001 hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa penyiasatan yang menjalankan penyiasatan di bawah kaedah ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.