Pg. P.U. 5/2006 KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) MAHKAMAH SYARIAH PULAU PINANG 2006
Kaedah 5. Tatacara untuk sulh.
(1) Sulh hendaklah dijalankan dalam suatu Majlis yang dihadiri oleh kedua-dua pihak dalam tindakan itu dan Majlis hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie bagi maksud itu.
(2) Pihak-pihak dalam prosiding Majlis hendaklah hadir sendiri dan tiada pihak boleh diwakili oleh seorang lain tanpa kebenaran Pengerusi.
(3) Pengerusi hendaklah, di mana-mana mungkin, membantu pihak-pihak untuk mencapai penyelesaian dalam pertikaian yang menjadi hal perkara sulh tersebut dan hendaklah memberi kepada setiap mereka peluang untuk didengar, boleh mengambil keterangan daripada pihak-pihak itu, menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan dan boleh, jika difikirkan perlu, menangguhkan Majlis itu dari semasa ke semasa.