Pg. P.U. 05/2003
PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Peraturan 3. Pengisytiharan kepentingan.

(1) Jika Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga Rayuan mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana rayuan yang dibawa di hadapan Lembaga Rayuan, dia hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dan perisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.

(2) Pengerusi atau mana-mana anggota Lembaga Rayuan yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana rayuan yang dibawa di hadapan Lembaga Rayuan tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbang telitian atau keputusan Lembaga Rayuan berhubung dengan rayuan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.