Pg. P.U. 5/2006
KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) MAHKAMAH SYARIAH PULAU PINANG 2006




Kaedah 1. Nama dan permulaan kuat kuasa.

(1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Mahkamah Syariah Pulau Pinang 2006 dan hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh ia disiarkan di dalam Warta.

(2) Kaedah-kaedah ini tidak terpakai bagi sesuatu permohonan untuk mendapatkan perceraian di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dan prosiding selanjutnya yang berkenaan dengannya hendaklah dijalankan mengikut Enakmen itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.