Pg. P.U. 04/2003
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Kaedah 5. Pengisytiharan kepentingan.

(1) Jika Pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa Tatatertib mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib, dia hendaklah mengisytiharkan jenis kepentingan itu dan perisytiharan itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya pengisytiharan itu telah dibuat.

(2) Pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa Tatatertib yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana prosiding tatatertib tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu dalam prosiding itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.