Pg. P.U. 5/2006 KAEDAH-KAEDAH TATACARA MAL (SULH) MAHKAMAH SYARIAH PULAU PINANG 2006
Kaedah 2. Tafsiran.
Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Enakmen” ertinya Enakmen Tatacara Mal Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004;
“Majlis” ertinya Majlis Sulh yang disebut dalam subkaedah 5(1);
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah subseksyen 55(1) atau 55(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004;
“Pendaftar” termasuklah Ketua Pendaftar dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah;
“pendengaran” ertinya apa-apa prosiding dalam Mahkamah terbuka atau dalam kamar;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Majlis Sulh;
“pegawai awam” termasuklah Pendaftar, Pegawai Syariah dan seorang Pegawai Undang-Undang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Bantuan Guaman 1971.