Pg. P.U. 5/97
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN IV - PROSIDING TATATERTIB




Kaedah 23. Permohonan untuk dilantik semula sebagai Peguam Syarie.

(1) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini, atas perakuan Jawatankuasa, MAINPP boleh jika difikirkan adil dan munasabah melantik semula seseorang itu, yang namanya telah dikeluarkan atau digugurkan dari Daftar Peguam Syarie, sebagai Peguam Syarie.

(2) Sesuatu permohonan supaya seseorang itu dilantik semula sebagai Peguam Syarie hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah ini bagi seseorang yang berhasrat untuk dilantik semula menjadi Peguam Syarie bagi kali pertamanya; tetapi bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah ini, permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit yang menerangkan mengapa pemohon ingin dilantik semula untuk menjadi Peguam Syarie.

(3) Fee bagi setiap Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah kaedah ini ialah tujuh ratus ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.