Pg. P.U. 05/2003
PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Peraturan 8. Tatacara rayuan.

(1) Sesuatu rayuan oleh mana-mana pegawai yang telah didapati bersalah oleh sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah dibuat secara bertulis, melalui Ketua Jabatannya, kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu disampaikan kepadanya.

(2) Ketua Jabatan hendaklah, tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh dia menerima rayuan itu, mengemukakan rayuan itu berserta dengan ulasannya kepada Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat.

(3) Dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh Jawatankuasa Tatatertib itu menerima rayuan dan ulasan Ketua Jabatan itu, Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyebabkan satu salinan rekod prosiding tatatertib terhadap pegawai itu dihantar kepada Lembaga Rayuan berserta dengan alasan-alasan keputusannya.

(4) Pengerusi Lembaga Rayuan boleh melanjutkan tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (1), (2) dan (3) atas permohonan pegawai yang berkenaan dan apabila sebab-sebab yang mencukupi diberikan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.