Pg. P.U. 12/2001
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI (KELAKUAN DAN TATATERTIB) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2001
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Peraturan 2. Pemakaian.

(1) Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh perkhidmatannya dan, berkenaan dengan seseorang pegawai yang tidak memilih untuk memasuki Sistem Saraan Baru, hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu dan patut dengan mengambilkira syarat-syarat perkhidmatannya.

(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.