Pg. P.U. 04/2003
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA TATATERTIB MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2003




Kaedah 6. Perlantikan anggota ganti.

(1) Majlis boleh atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan, melantik mana-mana anggota Majlis atau pegawai Majlis untuk bersidang sebagai Pengerusi atau anggota sesuatu Jawatankuasa Tatatertib bagi menggantikan Pengerusi atau anggota yang dinyatakan dalam Jadual dalam mana-mana prosiding tatatertib terhadap seseorang pegawai.

(2) Pegawai yang dilantik di bawah subkaedah (1) sebagai Pengerusi atau anggota sesuatu Jawatankuasa Tatatertib hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.