Pg. P.U. 12/2001 PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI (KELAKUAN DAN TATATERTIB) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG 2001 BAHAGIAN II - TATAKELAKUAN
Peraturan 4. Am.
(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan Negeri dan Majlis.
(2) Seseorang pegawai tidak boleh—
(a) membelakangkan kewajipannya kepada Majlis demi kepentingan peribadinya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada Majlis;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa—
(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada Majlis sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai Majlis; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai Majlis bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama Majlis;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap Majlis, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain Majlis;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan