Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN V - BIRO-BIRO




Kaedah 21. Penubuhan biro.

(1) Bagi memastikan bahawa Jawatankuasa Qaryah setiap qaryah masjid dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan cekap dan berkesan, Jawatankuasa Qaryah bolehlah menubuh biro-biro berikut-
(2) Setiap biro yang ditubuhkan bagi sesuatu Jawatankuasa Qaryah hendaklah diketuai oleh seorang ahli Jawatankuasa Qaryah bagi qaryah masjid itu yang dilantik dalam mesyuarat Jawatankuasa Qaryah itu.

(3) Ketua setiap biro yang ditubuhkan bagi sesuatu Jawatankuasa Qaryah boleh melantik tidak lebih daripada enam orang anak qaryah masjid itu untuk menjadi ahli jawatankuasa biro bagi membantu biro itu menjalankan tugas-tugasnya.

(4) Tempoh jawatan setiap ahli jawatankuasa sesuatu biro tidak boleh melebihi tempoh jawatan Jawatankuasa Qaryah yang menubuhkan biro itu.

(5) Setiap ahli jawatankuasa sesuatu biro hendaklah terhenti memegang jawatan apabila-
(6) Bagi maksud subkaedah (2), seseorang yang dilantik untuk menjadi ketua biro tidak boleh dilantik menjadi ketua mana-mana biro yang lain.

(7) Ketua setiap biro yang ditubuhkan dalam sesuatu qaryah masjid hendaklah-



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.