Pg. P.U. 4/97 KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997 BAHAGIAN VIII - PENGAWALAN
Kaedah 31. Pemeriksaan oleh pegawai MAINPP atau JAIPP.
Pada bila-bila masa yang munasabah, mana-mana pegawai MAINPP atau JAIPP yang diberi kuasa secara bertulis oleh MAINPP boleh-
(a) memeriksa segala buku, akaun atau dokumen lain yang berkaitan dengan pentadbiran qaryah masjid itu dan pelaksanaan fungsi Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid itu termasuk apa-apa aduan terhadap mereka;
(b) menghendaki mana-mana ahli Jawatankuasa Qaryah bagi qaryah masjid itu dan Pegawai Masjid supaya menyediakan untuk pemeriksaan pegawai MAINPP atau JAIPP itu apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang berkaitan dengan pentadbiran qaryah masjid itu dan ahli Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid itu hendaklah mematuhi kehendak sedemikian.