Pg. P.U. 4/97 KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997 BAHAGIAN IV - FUNGSI JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID
Kaedah 14. Tugas-tugas ahli lain Jawatankuasa Qaryah.
Tiap-tiap ahli Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid selain daripada Setiausaha dan Bendahari hendaklah-
(a) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah masjid itu;
(b) menjalankan apa-apa tugas yang telah diputuskan dalam mesyuarat itu supaya dilaksanakan olehnya; dan
(c) membantu Pegawai Masjid, Setiausaha dan Bendahari melaksanakan fungsi-fungsi dan tugas-tugas mereka dan bersesama dengan ahli Jawatankuasa yang lain melaksanakan fungsi-fungsi Jawatankuasa Qaryah seperti yang diperuntukkan dalam Kaedah 8;
(d) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau JAIPP atau Pengerusi Jawatankuasa Qaryah.