Pg. P.U. 4/97 KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997 BAHAGIAN IV - FUNGSI JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID
Kaedah 9. Tugas-tugas Pengerusi.
Pengerusi Jawatankuasa Qaryah hendaklah-
(a) berkenaan dengan tiap-tiap mesyuarat dan mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah dan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas masjid itu-
(i) hadir mempengerusikan mesyuarat serta memastikan bahawa mesyuarat itu berjalan dengan sempurna dan tenteram;
(ii) mempunyai undi pemutus jika bilangan undi sama banyak; dan
(iii) menandatangani minit atau catatan mesyuarat;
(b) bersama dengan Bendahari, menandatangani semua cek yang dikeluarkan bagi pihak masjid itu;
(c) menandatangani segala surat dan dokumen rasmi masjid;
(d) mewakili Jawatankuasa Qaryah dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan oleh mana-mana pihak lain; dan
(e) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau JAIPP.