Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN VII - KEWANGAN




Kaedah 28. Akaun, penyata kewangan dan wang masjid.

(1) Bendahari Jawatankuasa Qaryah hendaklah menyimpan akaun-akaun dan rekod-rekod yang sepatutnya bagi segala urusan qaryah masjid itu yang melibatkan perbelanjaan atau penerimaan wang dan hendaklah menyediakan suatu penyata akaun mengenainya pada setiap tahun.

(2) Bendahari Jawatankuasa Qaryah hendaklah menghantar laporan kewangan qaryah masjid itu kepada MAINPP tiap-tiap enam bulan sekali.

(3) Semua wang sesuatu qaryah masjid dan wang untuk faedah sesuatu qaryah masjid hendaklah didepositkan di mana-mana bank yang menyediakan kemudahan perbankan Islam sebagaimana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Qaryah bagi qaryah masjid itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.