Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN II - PENTADBIRAN QARYAH MASJID




Kaedah 3. Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid.

(1) Setiap qaryah masjid hendaklah ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid.

(2) Jawatankuasa Qaryah hendaklah terdiri daripada-

(3) Imam, Khatib dan BiIal setiap masjid hendaklah menjadi ahli ex-officio Jawatankuasa Qaryah masjid itu.

(4) Ahli Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid hendaklah setiap seorang diIantik dan diberi tauliah oleh MAINPP.

(5) MAINPP hendaklah melantik dua orang Pemeriksa Kira-kira bagi setiap qaryah.

(6) MAINPP bolehlah dari semasa ke semasa memberikan arahan kepada Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid sesuatu qaryah masjid tentang pentadbiran dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masjid itu dan qaryahnya, termasuk mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di bawah Kaedah-Kaedah ini dan Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.