Pg. P.U. 4/97 KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997 BAHAGIAN IV - FUNGSI JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID
Kaedah 15. Tugas-tugas Imam.
Imam sesuatu masjid hendaklah-
(a) mengimamkan solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu;
(b) mengingatkan jemaah tentang lafaz niat solat-solat tertentu dan kaifiatnya sebelum solat itu dimulakan;
(c) mengetuai urusan fardhu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang mati di qaryah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
(d) memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang agama Islam kepada anak qaryah masjid itu sedaya upayanya;
(e) mengetuai dan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan ibadat;
(f) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu; dan
(g) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau JAIPP.