Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN VI - MESYUARAT




Kaedah 24. Mesyuarat agung tahunan.

(1) Mesyuarat agung tahunan sesuatu qaryah masjid hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun di antara bulan Januari atau Februari.

(2) Setiap mesyuarat agung tahunan sesuatu qaryah masjid hendaklah mengandungi agenda yang berikut-

(3) Pengerusi Jawatankuasa Qaryah hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat tahunan, dan jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(4) Jika Pengerusi dan Timbalan tidak hadir, ahli-ahli Jawatankuasa Qaryah yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(5) 40 orang atau satu pertiga daripada jumlah anak qaryah dalam daftar qaryah yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, mengikut mana yang kurang, hendaklah membentuk kuorum bagi mesyuarat agung tahunan qaryah masjid itu.

(6) Keputusan mesyuarat agung tahunan sesuatu qaryah masjid hendaklah dibuat secara sebulat suara atau lebih suara anak qaryah yang hadir.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.