Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN IV - FUNGSI JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID




Kaedah 8. Fungsi Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid.

(1) Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid hendaklah membantu MAINPP mentadbirkan Qaryah sesuatu masjid itu dan mengawal semua tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam di dalam qaryahnya mengikut Enakmen dan Kaedah-Kaedah ini.

(2) Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid bagi suatu qaryah masjid hendaklah-

(3) Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu boleh dengan kebenaran MAINPP memungut dan menerima derma khairat untuk masjid dan surau di qaryah masjid itu.

(4) Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu boleh melantik jawatankuasa kecil, jika difikirkan perIu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.