Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN Ill - PEMILIHAN JAWATANKUASA QARYAH




Kaedah 7. Kekosongan jawatan.

(1) Tiap-tiap Pengerusi dan ahli jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid hendaklah terhenti memegang jawatannya apabila-
(2) Seseorang Pengerusi atau ahli Jawatankuasa boleh meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis mengenai perletakan jawatan itu kepada MAINPP dan perletakan jawatan itu hendaklah berkuatkuasa mulai dari tarikh MAINPP menerima notis bertulis itu.

(3) MAINPP boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan jawatan Pengerusi atau mana-mana ahli Jawatankuasa Qaryah yang terhenti memegang jawatan di bawah subkaedah (1) dan (2).

(4) Seseorang yang dilantik di bawah subkaedah (3) hendaklah memegang jawatan hanya selama baki tempoh jawatan Pengerusi atau ahli Jawatankuasa yang terhenti memegang jawatan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.