Pg. P.U. 4/97 KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997 BAHAGIAN IV - FUNGSI JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID
Kaedah 13. Tugas-tugas Pemeriksa Kira-kira.
Pemeriksa Kira-kira sesuatu masjid hendaklah-
(a) memeriksa buku-buku akaun masjid sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan memberikan laporan lengkap tentangnya kepada Jawatankuasa Qaryah dan MAINPP;
(b) menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Qaryah jika dikehendaki berbuat demikian oleh Pengerusi; dan
(c) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau JAIPP atau Pengerusi.