Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN VIII - PENGAWALAN




Kaedah 34. Pertelingkahan hendaklah dirujuk kepada MAINPP dan keputusan MAINPP muktamad.

Jika berlaku sebarang kemusykilan, masalah atau pertelingkahan dalam sesuatu qaryah masjid itu yang tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa Qaryah maka perkara yang berlaku itu hendaklah dirujukkan kepada MAINPP bagi mendapat panduan dan penjelasan. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh MAINPP dalam perkara tersebut adalah muktamad.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.