Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN VIII - PENGAWALAN




Kaedah 32. Tindakan ahli Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid yang tidak berpatutan.

Jika MAINPP atau Setiausaha MAINPP berpuas hati, setelah menjalankan siasatan yang wajar, bahawa mana-mana Pegawai Masjid atau ahli Jawatankuasa Qaryah atau Jawatankuasa biro sesuatu qaryah masjid-

MAINPP atau Setiausaha MAINPP boleh memberikan arahan secara bertulis menghendaki Pegawai Masjid atau ahli Jawatankuasa Qaryah atau ahli jawatankuasa biro itu melaksanakan fungsi-fungsinya mengikut cara yang ditentukan oleh MAINPP dan ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid atau jawatankuasa biro hendaklah mematuhi arahan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.