Pg. P.U. 4/97
KAEDAH-KAEDAH JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997
BAHAGIAN I - PERMULAAN




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang berlainan-

"anak qaryah" berhubungan dengan sesuatu qaryah masjid ertinya seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam qaryah masjid itu;

"biro" ertinya biro yang ditubuhkan di bawah Kaedah 21;

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993;

"JAIPP" ertinya Jabatan Agama Islam Pulau Pinang;

"MAINPP" ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang;

"Pegawai Masjid" ertinya Naquib Masjid, Imam Rawatib, Imam, Khatib, Pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu Bilal bagi sesuatu masjid.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.