Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN V - JAWATANKUASA RAYUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 25. Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie

(1) Majlis hendaklah melantik suatu Jawatankuasa yang dipanggil "Jawatankuasa Rayuan Peguam Syarie" bagi mendengar apa-apa rayuan terhadap sesuatu keputusan Jawatankuasa yang dibuat di bawah Kaedah-Kaedah ini.

(2) Jawatankuasa Rayuan hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang dilantik oleh Majlis dari kalangan orang yang mempunyai kompeten dan pengalaman dalam hal undang-undang.
[Pin. Pk. Pu. 21/2006: s.2]

(3) Majlis hendaklah melantik seorang Pengerusi dari kalangan anggota Jawatankuasa Rayuan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.