Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN II - PENUBUHAN JAWATANKUASA PENERIMAAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 6. Mesyuarat Jawatankuasa

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir bolehlah memilih seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Tiga orang anggota yang hadir hendaklah membentuk kuorum sesuatu mesyuarat.

(3) Keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara undi majoriti anggota yang hadir.

(4) Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus jika terdapat persamaan bilangan undi.

(5) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan oleh Majlis, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedumya sendiri.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.