Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA KARIAH




Peraturan 6. Cara pelantikan anggota Jawatankuasa Kariah

(1) Satu Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan oleh Orang Besar Jajahan dan dianggotai oleh Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Agama dan Penghulu Mukim serta diurusetiakan oleh Pegawai Penyelaras Masjid Daerah hendaklah mencadangkan kepada Majlis, anggota Jawatankuasa Kariah bagi jawatan yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a) hingga (j).

(2) Majlis hendaklah menimbangkan cadangan tersebut dan berhak untuk menerima, menolak atau menggantikan mana-mana orang yang dicadangkan itu sebagaimana yang difikirkan perlu.

(3) Jika Majlis menolak mana-mana pencalonan, Jawatankuasa Pemilih hendaklah mengemukakan pencalonan baru menurut subperaturan (1).



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.