Pk. P.U. 2/2015
PERATURAN-PERATURAN JAWATAN KUASA KARIAH NEGERI PERAK 2015
BAHAGIAN II - JAWATANKUASA KARIAH




Peraturan 3. Pelantikan Jawatankuasa Kariah

(1) Melainkan jika dikecualikan, Majlis hendaklah melantik sebuah Jawatankuasa Kariah, bagi tiap-tiap kariah masjid dalam Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Bagi sesebuah masjid yang tidak mempunyai kariah, Majlis hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pentadbiran Masjid, dianggotai oleh anggota yang sesuai dan layak, yang dilantik oleh Majlis.

(3) Dalam hal keadaan di mana wujud lebih daripada satu masjid dalam sesuatu kariah, bagi masjid yang tidak dijadikan Jawatankuasa Kariah, Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bagi mentadbir masjid itu dan jawatankuasa tersebut hendaklah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kariahnya.

(4) Bagi maksud peraturan ini, jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subperaturan (2) dan (3) hendaklah tertakluk kepada peruntukan Peraturan- Peraturan ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.