Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 12. Temu duga atau peperiksaan bertulis

(1) Jika sesuatu permohonan yang diterima di bawah kaedah 10 tidak dibantah atau jika ada bantahan dibuat menurut kaedah 11 tetapi Jawatankuasa berpuas hati dengan penjelasan atau jawapan bertulis oleh pemohon, Jawatankuasa hendaklah memanggil pemohon untuk menghadiri temu duga atau menduduki peperiksaan bertulis atau kedua-duanya.

(2) Pemohon hendaklah hadir temu duga atau menduduki peperiksaan bertulis atau kedua-duanya pada tarikh dan di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.

(3) Jawatankuasa boleh menolak permohonan seseorang pemohon yang tidak hadir temu duga atau menduduki peperiksaan bertulis atau kedua-duanya pada tarikh dan di tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa tanpa alasan yang munasabah.

(4) Jawatankuasa boleh mengubah tarikh atau tempat temu duga atau peperiksaan bertulis atas permintaan pemohon jika alasan yang munasabah diberikan olehnya.

(5) Setelah temu duga atau peperiksaan bertulis diadakan, Jawatankuasa hendaklah memperakukan kepada Majlis mengenai pemohon yang berjaya dan yang boleh dipertimbangkan untuk diterima sebagai Peguam Syarie.

(6) Majlis hendaklah membuat keputusan tentang penerimaan mana-mana pemohon yang diperakukan sedemikian di bawah subkaedah (5) sebagai Peguam Syarie.

(7) Keputusan Majlis hendaklah diberitahukan kepada Pengerusi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.