Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN III - PEGUAM SYARIE




Kaedah 15. Sijil Amalan Guaman Syarie

(1) Seseorang Peguam Syarie yang telah diisytiharkan penerimaannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah, sebelum dia hadir dan mewakiIi mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah, memohon untuk mendapatkan Sijil Amalan Guaman Syarie.

(2) Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan Sijil Amalan Guaman Syarie mengikut Borang C dalam Jadual kepada seseorang Peguam Syarie apabila dibayar fi sebanyak satu ratus ringgit.

(3) Sijil Amalan Guaman Syarie yang dikeluarkan di bawah subkaedah (2) hendaklah sah bagi tempoh dua belas bulan dan boleh dibaharui apabila dibayar fi yang ditetapkan dalam kaedah 16.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.