Pk. P.U. 17/88 KAEDAH-KAEDAH PERBICARAAN HAL EHWAL SUAMI ISTERI 1988
Kaedah 3. Kandungan permohonan.
Setiap permohonan untuk bercerai, untuk cerai di bawah ta'liq atau untuk fasakh hendaklah mengandungi maklumat yang diperlukan oleh borang-borang yang ditetapkan, seberapa yang boleh dalam susunan yang ditetapkan.