Pk. P.U. 17/2003
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE (PERAK) 2003
BAHAGIAN V - JAWATANKUASA RAYUAN PEGUAM SYARIE




Kaedah 27. Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan

(1) Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Jawatankuasa Rayuan hendaklah bermesyuarat pada tarikh dan di tempat dan pada masa yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Rayuan.

(2) Setiap mesyuarat Jawatankuasa Rayuan hendaklah dihadiri oleh semua anggotanya.

(3) Jawatankuasa Rayuan hendaklah memutuskan tiap-tiap rayuan semata-mata berdasarkan merit alasan rayuan itu tanpa menerima apa-apa pernyataan Ianjut atau keterangan tarnbahan.

(4) Walau apa pun subkaedah (3), Jawatankuasa Rayuan boleh, jika difikirkannya adil dan perlu, dan tertakluk kepada hak Peguarn Syarie berkenaan untuk didengar, meminta apa-apa pernyataan Ianjut atau keterangan tambahan daripada mana-mana orang lain.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.